SELAMAT HARI PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN 2019 PROFESYEN CEMERLANG PEMANGKIN KESIHATAN RAKYAT UCAPAN DARI KETUA PPK HRC – ENCIK MAZLAN BIN IDRIS (PPK U16) Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Yang Berbahagia . Dr. Roslan Johari bin Dato Mohd Ghazali, Pengarah HRC , Yang dihormati Dr. Tan Cheong How, Timbalan Pengarah Perubatan, Yang Berusaha Puan Siti Nur Islam bt Mohd Nor, Timbalan Pengarah Pengurusan, En Ab Aziz bin Abd Rahman, Ketua Penyelia Hospital, Ketua-ketua Jabatan dan Unit, tuan-tuan, puan-puan dan sahabat PPK yang disayangi sekalian. Pertamanya, marilah kita memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dapat bersama-sama bertemu dalam Perhimpunan Bulanan yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Pembantu Perawatan Kesihatan bersempena dengan Hari Sambutan Pembantu Perawatan Kesihatan Peringkat Hospital Rehabilitasi Cheras pada 1 November lalu dengan kerjasama Unit Penolong Pegawai Peru...