SELAMAT HARI PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN 2019
PROFESYEN CEMERLANG PEMANGKIN KESIHATAN RAKYAT
UCAPAN DARI KETUA PPK HRC – ENCIK MAZLAN BIN IDRIS (PPK U16)
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Yang Berbahagia . Dr. Roslan
Johari bin Dato Mohd Ghazali,
Pengarah HRC ,
Yang dihormati Dr. Tan Cheong
How, Timbalan Pengarah Perubatan,
Yang Berusaha Puan Siti Nur Islam bt Mohd
Nor, Timbalan Pengarah Pengurusan,
En Ab Aziz bin Abd Rahman, Ketua Penyelia
Hospital,
Ketua-ketua Jabatan dan Unit, tuan-tuan,
puan-puan dan
sahabat PPK yang disayangi sekalian.
Pertamanya, marilah kita memanjatkan rasa kesyukuran ke
hadrat Allah SWT kerana dapat bersama-sama bertemu dalam Perhimpunan Bulanan yang julung-julung kalinya
dianjurkan oleh Pembantu Perawatan Kesihatan bersempena dengan Hari Sambutan Pembantu
Perawatan Kesihatan Peringkat Hospital Rehabilitasi Cheras pada 1 November lalu
dengan kerjasama Unit Penolong Pegawai Perubatan yang bertemakan “PROFESYEN
CEMERLANG PEMANGKIN KESIHATAN RAKYAT”.
Perhimpunan pagi ini merupakan satu platform untuk kita
berinteraksi berkaitan info-info terkini disamping mengeratkan perhubungan
antara kita semua. Kehadiran dan komitmen warga kerja HRC pada hari ini jelas
menunjukkan bahawa tujuan kita adalah merealisasikan misi dan visi KKM.
Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Yang Dihormati,
Pemangkin Kecemerlangan merupakan prinsip unggul
paradigma baru dalam konteks Transformasi Negara dimana menjadikan PPK lebih
fleksibel dan tangkas dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.
Inisiatif daripada Ketua Penyelia yang menggerak semula
peranan PPK di sesebuah hospital merupakan enjin utama kepada destinasi kecemerlangan
kami. Manakala peranan PPK selaku pemegang amanah dan penggerak kepada sesebuah
hospital pula akan terus relevan dalam merealisasikan cita-cita jabatan.
Sebelum saya mengakhiri ucapan,
Yakinlah bahawa setiap pekerjaan yang dilakukan dengan
perancangan yang rapi, pelaksanaan yang penuh ikhlas dan tanggungjawab serta
ketelitian dari sebesar-besar perkara sehinggalah perkara yang paling kecil
dengan meletakkan matlamat untuk menjadikan Hospital Rehabilitasi Cheras
sebagai World Class, InsshaAllah akan membuahkan hasil yang terbaik untuk
semua.
Sehubungan dengan itu, saya secara peribadi dan juga
mewakili semua PPK di HRC dengan berbesar hati ingin merakamkan ucapan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah yang telah memberi
peluang dan ruang kepada PPK, semua warga kerja HRC dan Jawatankuasa Pelaksana
yang telah bertungkus lumus menjayakan Perhimpunan Bulanan kali ini.
Hastag#Kami Keci Tapi Kami Ada.
Semoga kerjasama dan sokongan padu seperti ini akan
berterusan di masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
SEKITAR
PERSIAPAN MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERAWATAN
KESIHATAN PERINGKAT HOSPITAL REHABILITASI CHERAS PADA 29 NOVEMBER 2019
SEKITAR MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN PERINGKAT HOSPITAL REHABILITASI CHERAS PADA 29 NOVEMBER 2019
GIMIK PERASMIAN HARI PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN TAHUN 2019 BERTEMAKAN PROFESION CEMERLANG PEMANGKIN KESIHATAN RAKYAT OLEH PENGARAH HOSPITAL REHABILITASI CHERAS, DR. ROSLAN JOHARI BIN DATO' MOHD GHAZALI
PENERIMA ANUGERAH KHAS. TAHNIAH KEPADA
PPK MAZLAN BIN IDRIS (Unit Penolong Pegawai Perubatan)
PPK MOHAMAD AZRUL BIN MD BAKRI (Wad 1A)
PPK LIZA BINTI ABU BAKAR (Klinik Pakar Pediatrik)
PPK HAMIDAH BINTI ABDUL MANAF (Unit Pertuturan)
PPK CHE SU BINTI KHALID (Jabatan Perubatan Rehabilitasi)
PPK Mohd Azrul bin Md Bakri menerima Anugerah Dari Unit Kejururawatan dan Anugerah Pembantu Perawatan Kesihatan Terbaik Tahun 2019
PPK Liza binti Abu Bakar menerima Anugerah Pembantu Perawatan Kesihatan Terbaik Tahun 2019
PPK Hamidah binti Abdul Manaf menerima Anugerah Pembantu Perawatan Kesihatan Terbaik Tahun 2019
PPK Che Su binti Khalid menerima Anugerah Pembantu Perawatan Kesihatan Terbaik Tahun 2019
PPK Mazlan binti Idris menerima Anugerah Pembantu Perawatan Kesihatan Terbaik Tahun 2019
Pengarah Hospital Rehabilitasi, Dr. Roslan Johari menerima cenderahati daripada Pembantu Perawatan Kesihatan
PERSEMBAHAN DARIPADA KUMPULAN DIKIR BARAT ARJUNA SUKMA
terdiri daripada PPK dan PPP
ANTARA UNIT-UNIT LAIN YANG TERLIBAT MERASMIKAN UNIT DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH
Ulasan
Catat Ulasan